Majikan perlu beralih kepada Portal Assist PERKESO sebelum 31 Disember 2019. Pada majikan yang belum mendaftar untuk Portal Assist PERKESO, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Bagi mendapatkan Username dan Kata laluan, anda perlu memuat turun Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist.
    Borang permohanan : https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Pendaftaran_Caruman/assist/ASSIST-BORANG_PENDAFTARAN_ONLINE_PORTAL.pdf
  2. Sila lengkap borang permohonan tersebut dan emel kan ke idportal@perkeso.gov.my atau anda boleh menghantar terus ke pejabat PERKESO yang berdekatan
    Proses mengemaskini maklumat anda mungkin akan mengambil masa beberapa hari. Setelah siap di kemaskini pihak PERKESO akan emel butiran Username dan kata laluan sementar kepada anda. (Menurut salah seorang pengguna Kakitangan, beliau menerima butiran tersebut pada ke esokan hari, hari bekerja)
    Pautan Portal Assist PERKESO seperti di bawah:
    https://assist.perkeso.gov.my/employer/login

3) Setelah anda berjaya masuk untuk kali pertama, anda akan di minta untuk menukar kata laluan bagi tujuan keselamatan. Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh tekan pada Lupa Kata Laluan di ruangan masuk Portal Assist.

Paparan masuk kali pertama:

Anda akan melihat mesej ini setelah berjaya masuk ke Portal Assist Perkeso.

Setelah mendaftar di Portal Assist PERKESO, anda boleh membuat bayaran potongan bulanan SOCSO untuk pekerja dan majikan.

Langkah-langkah untuk pembayaran SOCSO melalui Portal Assist Perkeso.

  1. Melalui Kakitangan, sila muat turun teks fail SOCSO dan tekan pada log masuk ke Portal Assist Perkeso.

Log masuk:

  1. Tekan My Sites, pilih Perkeso - Caruman.

  1. Tekan Caruman Majikan dan pilih Add Contribution.

  1. Pilih teks fail dan muat naik teks fail yang dimuat turun dari Kakitangan.

  1. Pastikan Jumlah Caruman betul, kemudian tekan Hantar.

  2. Cetak ACR terlebih dahulu untuk tujuan rujukan dan tekan Ke proses pembayaran.

  3. Tandakan pada kotak untuk teruskan dan tekan Tambah ke troli. Tekan Terus ke ringkasan.

  1. Sila semak semula troli anda sebelum terus ke langkah berikutnya. Tekan Teruskan setelah selesai semak.

  2. Sila isi butiran untuk pembayaran melalui FPX. Tekan Proceed setelah butiran diisi.

  1. Setelah pembayaran berjaya, anda boleh memuat turun resit pembayaran bagi tujuan rujukan.

Langkah-langkah untuk pembayaran SIP melalui Portal Assist PERKESO.

  1. Melalui Kakitangan.com, anda boleh memuat turun fail SIP dan juga mendapatkan pautan masuk ke Portal Assist PERKESO.

  1. Pergi ke My Site, pilih SIP-Caruman.

  1. Pilih Caruman Majikan dan tekan pada Tambah Caruman (Teks Fail)

  1. Pilih Teks Fail, muat naik Teks Fail EIS yg di muat turun dari Kakitangan.com

  2. Mesej ini akan keluar, sila abaikan dan tekan pada CONFIRM sekiranya anda telah menyemak semua butiran.

  1. Setelah berjaya memuat naik, mesej Berjaya disimpan akan keluar dan tekan pada Kembali sekiranya jumlah yang di paparkan adalah betul.

  2. Anda akan kembali ke paparan ini dan tekan Hantar.

  1. Di sebelah kiri atas anda akan menunjukkan Caruman Majikan telah berjaya diserahkan. Di sarankan untuk Cetak ECR sebagai rujukan dan tekan Ke proses pembayaran

  2. Seterusnya, sila periksa semula jumlah yang ingin di bayar dan tekan Teruskan

  3. Anda akan sampai ke ruangan Pembayaran FPX. Isi semua butiran dan tekan pada Teruskan.

  1. Anda akan kembali ke portal Assist dan paparan ini menunjukkan pembayaran anda telah berjaya dan anda boleh memuat turun resit pembayaran.

  2. Akhir sekali, tekan Selesai.

Semoga perkara di atas akan membantu anda dengan bayaran melalui Assist Perkeso.

English versi-Sila rujuk sini

Mandarin versi-Sila rujuk sini

Why do I see ‘Employee Not Eligible for SIP’ when I'm paying EIS?/why-do-i-see-employee-not-eligible-for-sip-when-im-paying-eis/