Bank atau Portal Badan Berkanun: Cara Terbaik untuk PKS (SME) Membayar Pembayaran Berkanun di Malaysia


Untuk kebanyakan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana), pengurusan gaji (payroll) mungkin masih belum rumit. Namun, seiring dengan kemajuan syarikat, anda mungkin akan berdepan dengan isu transaksi jika tidak menggunakan sistem atau tiada asas pengurusan penggajian. Untuk pengetahuan anda, pembayaran badan berkanun telah menjadi dilema untuk PKS sejak sekian lama. Kami mempunyai peluang berkomunikasi dengan pelbagai jenis syarikat dan industri untuk mengetahui cabaran yang dialami. Kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda untuk pembelajaran bersama.

Sesuaikah pembayaran dibuat melalui portal badan berkanun atau bank? Jom kita bincangkan.

Apakah jenis badan berkanun yang perlu anda tahu?

Ini adalah antara 5 jenis badan berkanun untuk penggajian (payroll) yang perlu anda ketahui:

1.      EPF/ KWSP

2.      SOCSO

3.      EIS

4.      PCB (LHDN)

5.      HRDC

Kakitangan.com dapat membantu anda dengan pengiraan gaji dan juga menyediakan pelbagai jenis portal pembayaran. Sistem kami memudahkan pelbagai jenis pembayaran badan berkanun mengikut keperluan.


Ingin kami ingatkan, untuk pembayaran HRDC, majikan perlu mendaftar melalui website HRDC dan membuat pembayaran melalui JomPay. Jangan risau, sistem kami dapat membantu dalam pengiraan untuk memudahkan pembayaran.

Rujuk payroll guide kami disini

Pembayaran terus kepada badan berkanun

Pembayaran terus kepada badan berkanun adalah digalakkan dimana semua rekod anda akan disimpan secara tepat didalam portal mereka. Ini akan memudahkan majikan bila tiba masa audit. Untuk yang biasa menggunakan portal badan berkanun, kami bangga dengan usaha anda. Namun, seiring dengan perkembangan syarikat, anda perlu mula menyemak dan sedar akan had transaksi bank.

Sedarkah anda dengan had transaksi bank?

Majikan akan mula mengalami dilema bila tiba masa untuk membuat pembayaran melalui portal badan berkanun dimana FPX akan menghantar amaran (alert). Semua bank mempunyai had yang berbeza. Sebagai contoh, bermula pada December 2023, Maybank2U Biz telah menetapkan had RM50K untuk setiap transaksi. Untuk pembayaran melebihi had, selalunya untuk pembayaran EPF yang memerlukan had yang lebih tinggi (bergantung kepada saiz syarikat anda), anda dinasihatkan untuk menggunakan bank yang mempunyai had yang bersesuaian. Jika bank yang digunakan untuk syarikat anda sekarang sudah memadai, anda tidak perlu menukar ke bank yang lain.

Berita baik!

Kakitangan.com dapat menyokong semua jenis pembayaran. Tidak kira pemuat naikan ke portal badan berkanun mahupun terus ke bank (setiap bank mempunyai format yang berbeza), sistem kami tersedia untuk penggunakan anda.

Sistem Kakitangan.com direka untuk membantu kemajuan PKS. Kami telah membuat penyelidikan yang komprehensif untuk mengelakkan PKS menanggung isu seperti ini. Kami memahami masalah anda, dan kami bersedia menyelesaikannya. Buka minda anda untuk menerima perubahan dan elakkan dari mengalami masalah yang melambatkan proses pembayaran berkanun. Jika anda perlukan pertolongan untuk penggunaan sistem, kami sedia membantu.

Alami penggunaan sistem kami untuk kemudahan penggajian (payroll) anda hari ini!

Dapatkan quotation

Rujuk blog kami untuk mengetahui pembayaran berkanun yang lain:

Cara buka akaun LHDN buat kali pertama

Pendaftaran kali pertama akaun LHDN untuk syarikat atau majikan