Cara Pendaftaran Akaun PERKESO: Panduan Majikan

Jika anda singgah ke laman ini, bermakna anda sudah tahu mengenai PERKESO.

Untuk yang baru pertama kali mendengar mengenainya, PERKESO ialah Pertubuhan Kebajikan Sosial, sebuah badan Kerajaan beroperasi dibawah Kementerian Sumber Manusia untuk melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Fungsi PERKESO adalah untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial, termasuk faedah tunai, kepada pekerja sektor swasta dalam situasi kecederaan di tempat kerja, kecemasan dan kematian.

 Pertama kali mendaftar? Berikut adalah cara-caranya.

Anda dikehendaki menggunakan Portal Assist Perkeso. Untuk mendapatkan akses, anda perlu memuat turun dan mengisi 3 borang di bawah:

1.      Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist. 

Muat turun --> SINI.

2.      Borang 1 – Pendaftaran Majikan

Muat turun --> SINI.


3.     Borang SIP 1 – Pendaftaran Majikan

Muat turun --> SINI.

Selesai dengan Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist, anda hendaklah emailkan kepada idportal@perkeso.gov.my.

Kemudian anda akan menerima ID sementara. Jika anda perlu akses dengan cepat, anda boleh cuba menghubungi 1-300-22-8000 pada hari berikutnya. (Tak ada salahnya untuk cuba menyemak kelulusan dengan cepat kan?)

Setelah anda menerima ID, terus ke https://www.perkeso.gov.my/en/ dan ikut langkah dibawah:

1.      Klik “Online”, pergi ke butang “For Employer” dan klik “ASSIST Portal”


2.      Log masuk dengan ID anda.


3.      Pergi ke “MySites” dan klik “Pendaftaran”


Imej ihsan dari PERKESO: ASSIST Portal Quick Reference

4.      Dibawah butang “Maklumat Majikan”, isikan semua info yang tertera seperti gambar diatas.

Kemudian, klik “Simpan & Teruskan”. Tiba masa untuk anda isikan semua info pekerja anda.

Anda juga boleh rujuk disini untuk cara-cara mengisi info pekerja: https://www.perkeso.gov.my/images/dokumen/ASSIST/ASSIST_QUICK_REFERENCE_GUIDES_-_Ver10.pdf

 

Kini anda telah bersedia untuk pencaruman bulanan dengan PERKESO. Jika ada sebarang pertanyaan penting, anda boleh terus berhubung dengan pihak PERKESO melalui nombor yang dikongsi diatas tadi.

 

Jika anda menggunakan Kakitangan.com (atau merancang untuk menggunakan system kami), pencaruman bulanan anda menjadi mudah dan sistematik. Semua data dan rekod pencaruman anda adalah selamat.

Untuk yang belum mempunyai sistem cloud HR, cubalah sistem kami hari ini!

Klik SINI.