EA Form Training 2025: Bersedia Awal Sebelum Tarikh Akhir Semakin Dekat
Menjelang hujung tahun, pasukan HR dan payroll mula sibuk dengan pelbagai tugasan seperti laporan tahunan, cuti pekerja, bonus, dan semestinya penyediaan EA Form untuk semua staf. Walaupun rutin ini berlaku setiap tahun, ramai yang masih berdepan tekanan apabila menyiapkan EA form di saat akhir.
Untuk membantu anda bersedia lebih awal dan mengelakkan kesilapan yang biasa berlaku, Kakitangan.com memperkenalkan semula EA Form Training 2025; sesi latihan dalam talian yang padat dan praktikal bagi membantu HR, kewangan, dan pasukan payroll menguruskan proses EA dengan lebih lancar dan teratur.
Berita baik! Latihan ini dibuka kepada pengguna dan bukan pengguna Kakitangan.com.
Kenapa Anda Perlu Sertai
EA Form ialah antara dokumen paling penting untuk setiap syarikat. Ia memaparkan jumlah pendapatan, potongan cukai, dan caruman pekerja sepanjang tahun untuk dihantar kepada LHDN. Kesilapan kecil seperti data tidak sepadan atau maklumat tidak lengkap boleh menjejaskan pematuhan syarikat.
Latihan ini membantu anda memahami keseluruhan proses dengan lebih jelas, daripada penyediaan data hingga semakan akhir, supaya EA Form dapat dihantar dengan tepat dan mengikut masa. Ia juga membantu anda merancang lebih awal dan mengurangkan stres menjelang Februari.
Apa Yang Anda Akan Pelajari
• Langkah demi langkah menyediakan EA Form dengan tepat
• Cara menyemak maklumat pekerja dan mengelak kesilapan biasa
• Kaedah memastikan data selaras dengan keperluan LHDN
• Panduan pengurusan proses EA yang lebih cekap dan teratur
Latihan ini sesuai untuk pasukan HR, kewangan, dan payroll sama ada anda pengguna Kakitangan.com atau tidak.
Jadual Latihan
November 2025
• 7 Nov (9:30 AM – 11:30 AM)
• 12 Nov (2:30 PM – 4:30 PM)
• 20 Nov (2:30 PM – 4:30 PM)
Disember 2025
• 4 Dis (2:30 PM – 4:30 PM)
• 10 Dis (2:30 PM – 4:30 PM)
• 17 Dis (9:30 AM – 11:30 AM)
Platform: Zoom
Yuran: RM60 seorang
Sertai dan Sediakan EA Form Anda Dengan Lebih Yakin
Jangan tunggu hingga tarikh akhir semakin mendekat. Sertai EA Form Training 2025 dan pastikan proses penghantaran EA anda tahun ini berjalan lebih lancar, cepat, dan bebas daripada kesilapan.