EPF Untuk Pekerja: Cara membuka akaun untuk pertama kali

Berikut adalah panduan membuka akaun KWSP untuk pekerja anda.

Ciri ini boleh diakses oleh semua pekerja warga Malaysia dan pemastautin tetap. Log masuk ke i-Akaun anda dan pilih 'Daftar Ahli KWSP'.



i-Akaun (aplikasi mudah-alih)

  1. Muat turun aplikasi i-Akaun ke telefon bimbit atau mana-mana peranti mudah alih anda.
  2. Klik ‘Belum menjadi ahli KWSP’ dan kemudian klik ‘Daftar Sekarang’. Klik ‘Teruskan’ dan ‘Ok’.
  3. Tandakan “Saya bukan robot”, klik “Pilih” dan “Sahkan” pada imej yang diperlukan dan kemudian klik “Teruskan”.
  4. Ambil gambar MyKad anda, klik “Pengesahan” dan “Teruskan”
  5. Masukkan nombor telefon anda untuk menerima nombor TAC. Setelah anda menerima nombor TAC, masukkan nombor tersebut dan klik “Teruskan”.
  6. Ambil gambar diri anda (selfie) dan kemudian klik "Teruskan"
  7. Sistem akan kemudian memaparkan mesej “Pendaftaran Berjaya”, klik “Selesai” dan anda telah berjaya log masuk ke i-Akaun.
  8. Sekiranya pendaftaran gagal, skrin akan memaparkan mesej untuk meminta anda pergi ke cawangan KWSP terdekat supaya pihak KWSP dapat membantu.

Kaunter KWSP (Mana-mana cawangan terdekat anda)

  1. Bawa MyKad anda untuk pengesahan dan pendaftaran.
  2. Pergi ke kaunter dan dapatkan bantuan mereka untuk mendaftar.
  3. Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP anda selepas pendaftaran Berjaya.
  4. Muat turun aplikasi i-Akaun pada telefon atau mana-mana peranti mudah alih anda untuk menyemak jumlah sumbangan terkini dan apa jua kemas kini KWSP.

Kini anda sudah boleh menyemak penyata KWSP dalam talian.

Anda juga boleh menggunakan Kakitangan.com untuk menyemak caruman majikan anda dan amat disyorkan untuk semua orang yang bekerja sendiri di Malaysia.

Daftar dengan sistem kami DISINI.