Pindaan Ordinan Buruh Sarawak Berkuat Kuasa – Apa Tindakan Seterusnya untuk Majikan?
Mulai 1 Mei 2025, pindaan terhadap Ordinan Buruh Sarawak telah mula berkuat kuasa secara rasmi. Pindaan ini bertujuan menyelaraskan perlindungan pekerja di Sarawak dengan Akta Kerja 1955 yang digunakan di Semenanjung.
Bagi majikan, ini bermakna beberapa aspek penting dalam pengurusan pekerja—termasuk waktu kerja, cuti, dan bayaran gaji—perlu dikemas kini agar selari dengan undang-undang yang baharu.
Perubahan yang Perlu Diberi Perhatian
Antara kemas kini utama yang terkandung dalam pindaan ordinan:
- Perlindungan untuk semua pekerja, tanpa had gaji
- Cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 kepada 98 hari
- Cuti paternity selama 7 hari bergaji diperkenalkan
- Waktu kerja mingguan dikurangkan daripada 48 kepada 45 jam
- Pekerja boleh mohon kerja fleksibel, tertakluk kepada persetujuan majikan
- Larangan diskriminasi di tempat kerja diberi penekanan jelas
- Denda maksimum untuk pelanggaran dinaikkan kepada RM50,000
Apa Implikasinya kepada Syarikat?
Bagi syarikat yang masih menggunakan sistem manual seperti Excel atau catatan fizikal untuk urus cuti, gaji dan kehadiran—ini mungkin masa yang sesuai untuk beralih ke sistem yang lebih teratur dan patuh.
Kesilapan dalam pengiraan OT, tidak mematuhi had waktu kerja, atau kegagalan menyimpan rekod yang lengkap kini boleh membawa kesan undang-undang yang serius, termasuk penalti tinggi dan imej syarikat yang terjejas.
Bagaimana Kakitangan.com Membantu
Sebagai platform HR dan gaji yang dibangunkan khusus untuk perniagaan di Malaysia, Kakitangan.com kini telah disesuaikan dengan pindaan Ordinan Buruh Sarawak 2025.
Antara ciri yang kami sediakan:
- Pengiraan gaji dan OT automatik ikut 45 jam kerja mingguan
- Sistem cuti bersalin 98 hari dan cuti paternity 7 hari yang telah tersedia
- Fungsi permohonan kerja fleksibel, syif dan rekod kehadiran digital
- Penyimpanan dokumen pekerja dan laporan HR secara selamat dan tersusun
- Kemas kini undang-undang automatik, jadi anda tak perlu risau tertinggal perubahan penting
Sedia untuk Patuhi Ordinan yang Baharu?
Pindaan undang-undang ini bukan sekadar perubahan teknikal—ia perlukan tindak balas pantas daripada pihak majikan.
Hubungi pasukan kami hari ini untuk ketahui bagaimana Kakitangan.com boleh bantu syarikat anda patuh, kemas kini dan bergerak lebih efisien dalam pengurusan HR.