Jikalau anda berkerja di dalam sebuah syarikat, anda mesti menerima slip gaji bersama gaji anda daripada pihak majikan.

Jikalau anda seorang majikan dan mengupah pekerja, anda juga wajib mengeluarkan slip gaji untuk pekerja anda setiap bulan.

Pengeluaran Slip Gaji adalah wajib bagi semua majikan, menurut kepada Akta Kerja 1955 di Malaysia. Semua majikan adalah diwajibkan untuk mengeluarkan slip gaji kepada setiap pekerja yang diupah. Slip gaji tersebut perlu menyatakan butiran pendapatan serta elaun berkaitan dalam tempoh tersebut.

Bagi majikan, ia adalah sebuah rekod yang membuktikan syarikat tersebut telah menunaikan kewajipannya kepada pekerja. Ia juga adalah sejenis dokumen perbelanjaan untuk upah dan gaji yang dibayar.

Bagi pekerja, slip gaji boleh digunakan sebagai dokumen yang membuktikan mereka adalah sebahagian daripada sesebuah syarikat itu, and mencatatkan amaun serta potongan berkanun mengikut surat tawaran yang mereka terima semasa permulaan pekerjaan mereka. Ia juga boleh digunakan untuk pengiraan cukai pendapatan dan pemotongan yang mereka layak menerima mengikut akta.

Pekerja juga boleh menggunakan slip gaji sebagai rujukan kredibiliti untuk memohon pinjaman dari institusi kewangan, dan sebagai bukti seseorang itu mempunyai sumber pendapatan.

Maklumat apa yang wajib dinyatakan di dalam slip gaji

Penyediaan slip gaji hendaklah mempunyai informasi berikut:

i. Nama Syarikat
ii. Alamat Syarikat
iii. Nama Pekerja
iv. Nombor Siri Pekerja
v. Nombor Kad Pengenalan/Pasport Pekerja
vi. Nombor KWSP Pekerja
vii. Nombor SOCSO Pekerja
viii. Nombor LHDN Pekerja
ix. Bulan Gaji
x. Pendapatan/Pemotongan Pekerja, terdiri daripada
     a) Gaji Asas
     b) Elaun, jika ada
     c) Pemotongan untuk EPF, SOCSO, Cukai Pendapatan, EIS
xi. Sumbangan Majikan, terdiri daripada
     a) EPF
     b) SOCSO
     c) EIS
     d) HRDF
xii. Pengiraan Gaji Kasar, Potongan Kasar, Sumbangan Majikan Kasar dan Amaun Pendapatan Bersih.

Apabila anda menggunakan Kakitangan.com anda hanya perlu mengisi butir-butir tertentu ke dalam ruang yang disediakan di laman web kami untuk mengeluarkan slip gaji yang lengkap. Hanya dengan beberapa klik anda boleh mengeluarkan slip gaji yang lengkap yang akan dihantarkan kepada pekerja anda pada masa yang sama.

Tambahan pula kami di Kakitangan.com juga berasa gembira untuk mengumumkan bahawa melalui pertolongan kerajaan anda boleh menerima bantuan subsidi melalui Program Subsidi Upah (PSU). Jikalau anda telah memohon PSU, anda PERLU melakukan sedikit pengubahsuaian kepada slip gaji pekerja anda. Setakat ini, Kakitangan.com adalah satu-satunya syarikat "Cloud Payroll" yang boleh mambatu anda untuk menyediakan fungsi ini di pasaran Malaysia.

Untuk bermula mengautomasikan dan digitalisasikan pengeluaran slip gaji anda, layarilah laman web kami di www.kakitangan.com atau menghubungi kami di 012 4666321 atau e-mel sales@kakitangan.com