Salah pengiraan EPF lagi! Apa yang perlu dilakukan?

Adalah menjadi kebiasaan jika terdapat kesalahan pengiraan dalam menguruskan caruman KWSP. Mujur KWSP bergabung tenaga bersama Kakitangan.com dalam usaha menuntut PKS (Perusahaan kecil dan sederhana) menggunakan sistem online HR and penggajian (payroll) bagi mengurangkan kesalahan pengiraan. Walaupun KWSP menyediakan perisian gaji percuma melalui i-Akaun KWSP kepada majikan perniagaan yang tidak mempunyai sistem gaji online (Terima kasih KWSP!), namun Kakitangan.com menawarkan sistem yang lebih mudah untuk keperluan anda. 

Mengapa perlu beralih ke sistem Kakitangan.com?

Terdapat 3 isu yang biasa berlaku dalam pengurusan penggajian (payroll) dimana jika timbul kesalahan pengiraan, penggunaan e-payroll KWSP menjadi tidak ideal. Ini jelas merupakan sebab untuk anda beralih ke Kakitangan.com. 


 Pengiraan gaji pro-rata. 

Bagi pekerja yang baru menyertai sesebuah syarikat mahupun yang meninggalkan syarikat, anda dikehendaki mengira kadar gaji harian dan pembayaran cuti berbayar (ketahui lebih lanjut mengenai pembayaran cuti berbayar -leave encashment). Kebiasannya, anda perlu mengira secara manual sebelum memasukkan data ke dalam sistem KWSP. Ini akan menimbulkan kesukaran buat admin HR. Tidakkah pengiraan manual agak memakan masa dan membazir keringat? 


Penyelarasan Gaji

Mungkin terjadi sekali atau dua kali setahun, PKS (Perusahaan kecil dan sederhana) akan menghadapi cabaran dimana anda perlu membuat penyelarasan gaji sebelum memenuhi kewajipan berkanun. Senario yang sering berlaku ialah ralat pengiraan untuk gaji lebih masa (OT) dan potongan gaji yang lainnya. Sebagai contoh, selepas pembayaran gaji selesai, anda tersedar bahawa gaji seorang pekerja telah terkurang RM 6.30. Dengan system e-payroll KWSP, anda tidak dapat menukar kesilapan tersebut. Namun, dengan Kakitangan.com, anda boleh! Sistem kami membolehkan anda membuat penyelarasan sebelum bayaran berkanun mahupun 2 minggu selepas gaji dibayar. 


Pengurusan sistem berasingan

Masihkah anda membuat pembayaran gaji (payroll) menggunakan sistem cuti, kehadiran masa dan sistem perakaunan secara berasingan? Tidakkah anda berasa terbeban mengendalikan semuanya secara berasingan? 

Kakitangan.com bukan sahaja menyediakan ciri perisian yang memudahkan tugas penggajian, malah membolehkan anda merancang pengurusan HR dengan lebih baik. 

Plan for what is difficult while it is easy, do what is great while it is small.’ -Sun Tzu  

Cubalah sistem Kakitangan.com dengan Percuma!

Jika anda tergolong dalam perniagaan mikro dan masih tidak pasti jika perlu menggunakan sistem untuk 2-3 pekerja anda, jangan risau! Anda boleh menikmati akses percuma untuk 3 pekerja dan ke bawah dengan Kakitangan.com. Jadi, tunggu apa lagi?


Sertai latihan Payroll 101 kami pada 9hb untuk mengetahui lebih lanjut tentang KWSP. Kami juga telah menjemput wakil daripada KWSP untuk berkongsi lebih lanjut mengenai garis panduan payroll.

Klik sini untuk sertai: Payroll 101

atau mohon Akaun Demo Percuma dengan Kakitangan.com hari ini!