Siapa yang kena bayar cukai?
Semua warga negara Malaysia layak dikenakan cukai jika menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 37,333 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan. Anda boleh rujuk kepada pengecualian cukai disini --> Ambang Jumlah Pendapatan Individu Tidak Dikenakan Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2023.
Pertama kali mendaftar? Ikuti langkah-langkah dibawah.
Pendaftaran atas talian/ online
1. Pergi ke laman https://mytax.hasil.gov.my/
2. Klik “e-Daftar”.
3. Seterusnya anda akan melihat laman dibawah.
4. Klik pada “Jenis Pembayar Cukai” dan pilih “Individu”
5. Kemudian, pada ruang “Nombor Rujukan”, masukkan nombor kad pengenalan anda.
6. Isikan kesemua ruang Emel, Nombor Telefon, Nombor Telefon Bimbit dan Frasa Keselamatan.
7. Kemudian, klik pada butang “Cari”.
8. Jika anda menerima mesej ini:
Klik pada e-Daftar yang tertera dan isikan ruang yang diperlukan.
Jika anda menerima mesej ini:
Klik pada “Update Details” dan isikan ruang yang diperlukan.
Jika and menerima mesej ini:
atau mesej ini
Ikuti langkah-langkah yang tertera.
9. Setelah pendaftaran anda berjaya, bolehlah ke pejabat LHDN yang terdekat untuk mendapatkan nombor PIN anda.
Dokumen yang perlu dibawa ke pejabat LHDN:
a) Salinan MyKad (Kad pengenalan)
b) Salinan penyata gaji atau Borang EA
c) Salinan sijil perkahwinan (jika anda telah berkahwin)
Setelah selesai dengan pendaftaran, anda akan menerima nombor cukai dalam masa 3 hari bekerja. Kemudian, anda bolehlah memberi nombor cukai itu kepada majikan. Sekiranya ada sebarang isu dengan pendaftaran, anda bolehlah terus berhubung dengan pejabat LHDN.
Pekerja tiada nombor cukai bila tiba hari mengira gaji (payroll)
Apa akan berlaku bila pekerja anda tidak mempunyai nombor cukai walaupun hari mengira gaji (payroll) hampir tiba? Jika syarikat anda menggunakan e-Data PCB untuk pembayaran PCB, buat sementara waktu, anda masih boleh meneruskan pengiraan kerana pihak LHDN masih boleh merujuk kepada nombor kad pengenalan pekerja tersebut walaupun dengan ketiadaan nombor cukai.
Selesai sudah pendaftaran. Sekarang anda boleh menggunakan sistem Kakitangan.com tanpa gusar. Semuanya akan dikira secara automatik untuk anda.
Cubalah sistem kami hari ini! Klik SINI.