Pertama kali hendak mendaftar LHDN untuk syarikat atau majikan anda? Rujuk langkah-langkah dibawah.

 

Melalui e-Daftar

Anda boleh mendaftar di e-Daftar secara atas talian (online) di laman: - https://mytax.hasil.gov.my/ezHasil?data=e-Daftar&id=ezHasil%20sebelum  

 

 1.      Klik “Jenis pembayar cukai” kemudian pilih “Syarikat”


2.      Klik pada “Nombor pendaftaran syarikat”

3.      Isikan semua butiran yang diperlukan.


4.      Klik butang “Cari”

5.      Jika mesej ini tertera: “No income tax number record”, klik pada e-Daftar didalam kotak dan kemudian anda akan dibawa ke laman “Part A: Basic Particulars”. Kemudian isikan butiran yang diperlukan.

6.      Jika mesej ini tertera: “Not yet registered”. Klik pada “Update details”, kemudian anda akan dibawa ke lama “Part A: Basic Particulars” dan anda isikan ruang yang diperlukan.

 

Untuk menerima respons yang lebih cepat, anda boleh terus ke pejabat LHDN yang berhampiran untuk menyemak status anda.

 

Permohonan bertulis

Anda juga boleh membuat permohonan bertulis dan hantar ke pejabat HASIL yang berdekatan.

 

Dokumen yang diperlukan

Syarikat Tempatan

Syarikat Sdn Bhd dan Syarikat Bhd

i.a) Notis pendaftaran syarikat di bawah seksyen 15 Akta Syarikat 2016 ; ATAU

b) Perakuan pemerbadanan syarikat di bawah seksyen 17 Akta Syarikat 2016 (jika ada)

ii.Notis Pertukaran Dalam Daftar Pengarah, Pengurus Dan Setiausaha di bawah Seksyen 58 Akta Syarikat 2016

 

Syarikat Asing    

 i. Notis pendaftaran syarikat asing di bawah seksyen 562 Akta Syarikat 2016

ii. Perubahan Atau Pengubahan Butir-Butir Berkaitan Syarikat Asing di bawah subseksyen 567(1) Akta Syarikat 2016

 

Selepas pendaftaran

Setelah selesai mendaftar, anda perlu mengemukakan borang e-CP204 dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mula operasi. Permulaan bayaran anggaran cukai bagi tahun taksiran pertama syarikat adalah pada bulan ke-enam tempoh asas.

Borang C juga perlu dikemukakan oleh syarikat dalam tempoh 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun syarikat.

 

Untuk memuat turun borang e-CP204, rujuk langkah-langkah dibawah:

 

1.      Terus ke laman https://www.hasil.gov.my/en/forms/download-forms/

2.      Klik “Other Forms”

3.      Pada butang “Category”, pilih “Form CP204” kemudian klik “Search” button

 

 

Sekiranya anda masih baru dalam pengurusan HR, boleh rujuk pada pautan dibawah untuk mempelajari cara pendaftaran badan berkanun yang lain untuk syarikat anda.

Cara bukan akaun EPF buat pertama kali

SOCSO Account Registration