Kalau anda sedang menyiapkan borang EA/E, jangan risau. Tak susah nak siapkan dan tak banyak beza dengan tahun sebelumnya kecuali portal LHDN ada sedikit pembaharuan. Mari kami tunjukkan langkah-langkahnya. 

1)       Pertama sekali, anda perlu mendapatkan data agregat 2023 gaji dengan betul. Dengan Kakitangan.com, sistem akan merekod data untuk borang E/EA melalui 2 tempat: pertama, ringkasan gaji yang anda "sahkan" setiap bulan; dan kedua, halaman daftar gaji->import yang anda masukkan dalam nombor agregat untuk pekerja anda SEBELUM menggunakan Kakitangan.com.

 

Contohnya, jika anda mula menggunakan Kakitangan.com pada Nov 2023, jadi anda mempunyai Nov-Dis 2023 dalam senarai gaji Kakitangan.com. Tetapi borang EA harus merangkumi pampasan pekerja anda dari Jan hingga Okt 2023. Anda perlu mengisi jumlah agregat mereka dalam Penyata Gaji->Import. Jika anda menggunakan Kakitangan.com sebelum 2023, tahniah! Anda tidak perlu mengira jumlah agregat

 

2)       Semak semula borang EA 2023 untuk semua pekerja. Jika mereka semua tidak mempunyai masalah, maka borang E anda sepatutnya tepat. Jika terdapat sebarang isu, berikut ialah kajian kes khusus tentang cara untuk membetulkannya:

 

“Saya menerima elaun sebanyak RM1000 selama dua bulan lepas, tetapi ia ditetapkan sebagai amaun boleh dikenakan cukai. Bila merujuk dengan perunding cukai saya, beliau kemudian mengesahkan bahawa ia harus dikecualikan cukai (pastikan anda menerima surat akuan dari perunding). Bagaimana untuk membetulkannya?”

 

Memandangkan jumlah bayaran bersih dan cukai telah dilaksanakan, anda perlu berhati-hati dalam meminda data senarai gaji. Untuk mengelakkan kesilapan, anda pergi ke Payroll->import untuk membuat pelarasan: Untuk nombor agregat 2023, anda boleh menolak 2000 dalam elaun bercukai dan menambah 2000 dalam elaun dikecualikan cukai. Simpan rekod bertulis (rekod dari perunding cukai) untuk kemudahan rujukan pengauditan LHDN. Sekarang, borang EA 2023 anda telah dikemaskini.

Jika membuat pengiraan yang betul, jumlah yang tertera dalam Form EA/ E akan menjadi tepat.

 

Nota: Mulai 1 Mac, anda boleh kemukakan borang CP8D Dimana proses adalah sama seperti Data Praisi

 

Seterusnya, pergi ke Payroll-> Form E, muat turun e-Data Praisi dan unzip. Gunakan fail yang bermula dengan P untuk submit. Mulai 25 Feb 2024, anda digalakkan untuk submit e-Data Praisi. Kami lampirkan beberapa screenshot untuk memudahkan proses anda.

Pergi ke Payroll.) Form E. Pilih tahun sebelumnya dan klik “download CP8D/E data praise.

 

Seterusnya, pergi ke website https://mytax.hasil.gov.my/

Log masuk menggunakan IC majikan dan masukkan butiran dalam ruangan Employer No.

Dibawah ezHasil Services, tekan butang e-C.P.8D, dibawah Submission of Prefill Data, klik Upload Prefill.

Unzip fail yang anda muat turun dari Kakitangan.com. Muat naik fail txt bermula dengan P. Kemudian butiran majikan akan dijanakan.

Isikan ruangan Declaration

 

Kemudian anda akan menerima pengesahan untuk mencetak. Terus klik print as pdf dan simpan sebagai rekod. Rujuk Kembali ke portal LHDN untuk perkembangan seterusnya.


EA Form

1.       Kini anda boleh menghantar EA form kepada semua pekerja menerusi e-mel dan juga Salinan kertas (hard copy). Anda disyorkan untuk melakukan penyediaan EA pada bulan Februari supaya pekerja dapat tax assessment pada bulan March.

2.       Sistem Kakitangan.com membolehkan anda menghantar emel ke semua pekerja. Jika ada pekerja yang telah meninggalkan syarikat, anda boleh muat turun EA form dan emelkan kepada mereka.


Form E (C.P.8D)

1.     CP8D ialah fail yang dimuatnaik untuk Form E. Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ ​ dibuka setiap tahun pada 1 March.

2.     Kalau sebelum ini anda tidak pernah muat naik e-data praise, anda boleh terus muat naik CP8D sekarang, lebih cepat. (rujuk screenshot e-data praise/CP8D kami). Kalau pernah muat naik, anda boleh abaikan langkah ini.

3.     Jika semua sudah tersedia, anda sudah boleh mula menyerahkan Form E. Tarikh akhir penyerahan ialah 31 March.

4.       Selesai Form E, bolehlah anda mengingatkan pekerja anda untuk terus dengan BE/B assessment di akaun LHDN mereka. Mereka boleh rujuk kepada data dari Form E tapi boleh dikemaskini sendiri (terutamanya jika mereka mempunyai Form E dari pelbagai syarikat).Tarikh akhir untuk penyerahan Form E adalah pada 30 April.

5.       Sekiranya terdapat ralat (error) selepas penghantaran CP8D dan Form E, anda boleh emel ke CP8D@hasil.gov.my untuk sebarang pertukaran. Jangan lupa untuk sediakan butiran penting untuk proses penukaran: e-majikan dan nama syarikat.


Cara mendapatkan data syarikat melalui Kakitangan.com

 Pergi ke Payroll -> Forms-> Form E

Semak semula untuk memastikan tahun yang betul (tahun data yang hendak dihantar). Kemudian, boleh salin (copy) dan isikan dalam portal LHDN.

 

Website LHDN

Login ke portal LHDN menggunakan IC majikan anda.

Klik e-filing.

Pilih Form E

 Pilih 2023

 Masukkan nombor E syarikat

 

Isikan data diruangan yang tersedia (ruang ini akan terisi sendiri jika anda pernha membuat penyerahan tahun sebelumnya), kemudian pilih via e-data praise/e-CP8D.

 

Perlu diingatkan ianya sedikit berlainan dari tahun 2022 dan sebelumnya, laman ini tidak mempunyai butang upload.

 

1.       Jika anda tidak pernah memuatnaik e-data praise, selesaikan e-data praise/ CP8D (lihat screeshot diatas)

2.       Jika pernah tapi perlu membuat pertukaran, ulang semula langkah memuatnaik e-data praise/ e-CP8D (rujuk screenshot e-data praise diatas)

 

Isikan semua ruangan. Dapatkan data Form E dari sistem Kakitangan.com.

 Sain dokumen.

 Simpan fail PDF dengan menekan butang cetak sebagai pengesahan.

 

Selesai. Tahniah!


Jika ada ralat (error)

 Jika timbul sebarang ralat (error), mungkin data yang diisi terlalu Panjang (mungkin nama majikan terlalu Panjang), anda boleh buka text file dan bandingkan format.

 

https://www.hasil.gov.my/media/fw2jk2fd/rf-filing-programme-for-the-year-2024.pdf

 

Dah hantar tapi masih ada kesilapan?

Macam mana kalau anda baru tersedar ada kesilapan selepas penghantaran? Jangan risau. Mari kami tunjukkan caranya.

 

Ada dua jenis cara untuk membuat penukaran:

Langkah 1: Sediakan surat permohonan untuk penukaran berserta dokumen sokongan (penyerahan e-filing dan penukaran Form E yang telah disimpan)

Langkah 2: Serahkan kepada Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat Percukaian (BPRM)

 

Anda boleh membuat penyerahan dengan cara:

a)       Pos atau terus ke pejabat

b)       Emel ke pindaanE&CP8D@hasil.gov.my atau

c)       Emel ke pegawai Pegawai Perhubungan Awam di BPRM

 

Semoga penerangan kami dapat membantu. Kami berharap anda dapat membuat penyerahan ke LHDN dengan Berjaya.

Untuk maklumat lebih lanjut, rujuk kepada garis panduan e-CP8D disini.

 

Selamat Berjaya!